QR Code

Sejak akhir-akhir ini peningkatan teknologi seiring dengan kemajuan sesuatu Negara lebih-lebih dalam meningkatkan produktiviti  dalam urusan seharian, ada sahaja pembaharuan yang cuba ditonjolkan. 

Ini juga boleh diperkatakan mengenai QR Code atau Kod QR singkatan kepada quick response adalah sejenis kod bar generasi kedua dan merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994.

IMEJ KOD QR

Di Malaysia, rata-rata penggunaan bermula tahun 2010, iaitu seiring dengan peningkatan teknologi, penggunaan Kod QR semakin meluas yang mana banyak syarikat-syarikat besar mula mempraktikkan penggunaannya. Hal ini juga bertitik-tolak daripada harga telefon pintar yang semakin murah yang membolehkan ramai pengguna memiliki telefon pintar, sama pengguna iOS mahupun Android. Kod QR kini telah mula diterima oleh masyarakat global, daripada pengguna persendirian sehinggalah ke pusat membeli-belah, menggunakan Kod QR dalam teknik pemasaran mereka.

Antara penggunaan Kod QR di Malaysia semasa penempahan tiket wayang secara atas talian seperti di TGV Cinema atau GSC Cinema, pengiklanan dan juga pendaftaran untuk program atau majlis tertentu serta pada produk buah-buahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).


Contoh Emel Yang Anda Akan Terima Dari TGV Selepas Menempah Tiket

Pendaftaran Program Anak-anak Malaysia Walk

Kod QR Pada Buah Tomato


Bagaimana cara penggunaannya? Anda hanya perlu pergi ke "Play Store" dan memuat turun Aplikasi QR Scanner. Kemudian anda hanya perlu membuka aplikasi tersebut dengan hanya "scan" dan dengan kadar segera boleh membawa pengguna kepada laman web tanpa memaparkan alamat web tersebut.

Langkah Pertama

Langkah Kedua

Langkah Ketiga

Setelah scan anda dibawa terus ke alamat yang tertera


Kesimpulan yang boleh dipelajari, teknologi memang hanya pada hujung jari. Sekian..:)






Comments

Popular Posts