Cuti-cuti Malaysia: Melaka
Baru-baru ni, sis ada ke Melaka teman kawan kerana ada urusan di situ. Disebabkan masa agak terhad, sis hanya sempat menjengah di sekitar bandar Melaka seperti Jonker Walk, A Famosa, Stadthuys, Saint Paul Hills, Pantai Klebang (tapi kat pantai ni sis lalu je) dan lain-lain tempat makan sebab kawan sis ni pun memang "food hunter". Jarang sis ke Melaka kalau tak ada apa-apa urusan dan salah satu sebabnya.... Jem wooo...😅
Medan Ikan Bakar Ala Kassim...
Sis ke sini pada malam kedua. Apa yang menarik tentu ikan bakar dan hidangan seafood yang lain. Sis boleh bagi 7/10 untuk rating gituw. Sebab orang cakap kat sini lagi sedap dari Umbai. Nak cuba, ni sis bagi info ye:
Alamat: 2A, Jalan Alai Perdana 8A, Taman Alai Perdana, 75460 Melaka
Masa dibuka: 5.30 petang hingga 12 pagi
No. Telefon: 012-620 6418
Restoran Ole Sayang
Sis ke sini pada hari terakhir (sebelum check out). Dari hotel sis jalan kaki terus mengikut Google Map. Yang mustahak kena order Asam Pedas Baba Nyonya dan Sambal Udang tau. Anda boleh lihat sendiri di laman web: https://olesayang.com/
Ok, itu sahaja entry kali ini. Apa yang cuba sis tulis hanya untuk berkongsi pengalaman sis. Yang baik kita kongsikan ye tapi selera individu kan berbeza.
Semoga berjumpa lagi... 😍
Kami sampai di Hotel The Explorer jam 5.30 petang (sabtu). Kenapa pilih hotel ni? Sebab hotel ni berada di tengah-tengah bandar Melaka, bersebelahan dengan Mahkota Parade Shopping Centre, harga yang berpatutan (anda boleh tempah di booking.com) dan hanya perlu jalan kaki atau naik beca ke tempat-tempat sejarah sekitar sini. Tapi pintu masuk, anda kena tawaf sekali dalam bangunan di sebelah tu.
Antara tempat yang sempat dilawati:
Jonker Walk
Selepas waktu maghrib, kami menuju ke Jonker Walk yang begitu sinonim dengan Night Market atau pun dipanggil dengan nama "China Town". Pelbagai barangan antik, pakaian dan makanan di sepanjang Jonker Walk Street sejauh 600 meter. Bila anda ke Jonker Walk pastikan anda pergi awal kerana yang macam sis jenis suka cuci mata akan mengambil masa yang lama di situ.

![]() |
| Pintu Gerbang Jonker Walk |
![]() |
| Kagum Sis Dengan Beliau Ni, Tulisan Cina atau Aksara Han Sungguh Kemas dan Cantik |
![]() |
| Kedai Ni Sis Tak Ingat Tapi Kalau Nampak Banting Ni, Boleh Cuba, Kuih Buah Melaka Memang Panas lagi dan Power!!! |
Selepas itu sis naik tangga, ke Bukit St Paul, menurut sejarah, bangunan gereja yang terletak di Bandar Hilir, Melaka ini telah dibina oleh seorang Kapten Portugis bernama Duarte Coelho pada tahun 1521.
Melaka River Cruise
![]() |
| Posing Kat Sini Je, Dekat Dalam Tak Berani Nak Bergambar 😅 |
![]() |
| Pemandangan Dari Bukit St Paul |
Stadhuys
Bangunan merah ini terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Dibina pada tahun 1650, merupakan penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor dan struktur bangunan ini bercirikan seni rekabentuk Belanda.
Berhadapan dengan Bangunan Stadhuys ni, ada deretan gerai-gerai menjual beraneka jenis minuman dan makanan. Salah satu gerai Cendol Jam Besar (sorry sis tak snap) dan tak sah kalau tak cuba cendol.

| Cendol Pulut Durian |
Melaka River Cruise
Jika anda berkesempatan boleh la menyusuri Sungai Melaka. Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam. Sis memilih waktu siang sebab masa terhad kan. Lagipun sis suka tengok lukisan mural dan keadaan Kampung Morten yang kaya dengan rumah-rumah tradisi Melayu.
Untuk makluman anda, tiket bagi warganegara Malaysia berharga RM13 untuk dewasa dan RM6.50 untuk kanak-kanak (bagi hari Isnin hingga Khamis) tapi harga bagi tiket untuk orang dewasa berubah menjadi RM18 untuk hujung minggu dan cuti umum tetapi harga yang sama untuk kanak-kanak.
Malangnya masa di kampung morten, sis kena jadi "jurugambar" pelancong lain. Nak tengok keindahannya boleh la anda lihat sendiri, tapi dengar cerita pada waktu malam pula tarikan adalah pada keindahan lampu di sepanjang Sungai Melaka. Mana tahu mungkin satu hari nanti, di sini boleh jadi ala-ala "Little Venice" di Italy.
Menara Taming Sari
Menara Taming Sari yang terletak bersebelahan dengan Dataran Pahlawan adalah menara kebanggaan rakyat Melaka. Dari menara yang setinggi 80 meter itu akan membuat anda teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah serta bangunan lain di sekitarnya seperti Bukit St Paul, Dataran Pahlawan, Sungai Melaka dan Selat Melaka. Disamping itu, anda bepeluang melihat kepesatan pembangunan di negeri Melaka, yang digelar Bandaraya Warisan Dunia.
Untuk makluman mengenai harga tiket sila layari https://menaratamingsari.com/ticket/
Antara makanan viral bila anda ke Melaka yang sempat kami singgah....
Kedai Makan Jonker 88
Apa bestnya di kedai ni? Tentu la makanannya. 😁 Pelbagai jenis air batu campur, laksa, nasi lemak rendang macam di kopitiam yang boleh anda semua cuba. Seni bina dan hiasan dalaman di restoran ini masih dikekalkan. Rugi kalau anda tidak mencuba dan mencari Jonker 88 di Jalan Hang Jebat. Pada masa ni sis pilih Laksa Nyonya (Mee Hoon) dan Air Batu Campur Perasa Peach sebab tarikan utama Cendol Gula Melaka dah habis. Jika anda suka boleh beli pati gula melaka untuk dibawa pulang.

| Nampak Menarik Ke Tak? Abaikan Duit Baki & Resit Tu 😏 |
Medan Ikan Bakar Ala Kassim...
Sis ke sini pada malam kedua. Apa yang menarik tentu ikan bakar dan hidangan seafood yang lain. Sis boleh bagi 7/10 untuk rating gituw. Sebab orang cakap kat sini lagi sedap dari Umbai. Nak cuba, ni sis bagi info ye:
Alamat: 2A, Jalan Alai Perdana 8A, Taman Alai Perdana, 75460 Melaka
Masa dibuka: 5.30 petang hingga 12 pagi
No. Telefon: 012-620 6418
Restoran Ole Sayang
Sis ke sini pada hari terakhir (sebelum check out). Dari hotel sis jalan kaki terus mengikut Google Map. Yang mustahak kena order Asam Pedas Baba Nyonya dan Sambal Udang tau. Anda boleh lihat sendiri di laman web: https://olesayang.com/
lain-lain yang tidak terkecuali sis telah cuba..
![]() |
| Keria Antarabangsa Hajah Ramah Is The Best, Bawa Balik JB Pun Still Sedap |
![]() |
| Asam Pedas Kota Laksamana (Pada sis 6/10) |
Ok, itu sahaja entry kali ini. Apa yang cuba sis tulis hanya untuk berkongsi pengalaman sis. Yang baik kita kongsikan ye tapi selera individu kan berbeza.
Semoga berjumpa lagi... 😍
SL

Comments
Post a Comment